
Telegram sebelum ini sedia menyertakan dompet kripto pada perkhidmatan permesejan mereka. Ketika itu, ia memfokuskan kepada penawaran TON, sebelum baru-baru ini pihak Telegram melakukan penstrukturan semula untuk perkhidmatan berkenaan, dan kini memanggil penawaran mereka sebagai Gram.

Selari dengannya juga, pihak Telegram sebelum ini telah menyatakan telah membida untuk mendapatkan nama domain .gram, dan kini dilihat turut telah mula mengintegrasikan dompet digital Gram pada aplikasi permesejan mereka.
Pengasasnya mengatakan dompet digital generasi baharu ini telah mula diaktifkan kepada beberapa pengguna, membolehkan penghantaran dan penerimaan Gram dengan mudah melaluinya. Ciri ini dijangka akan diperluaskan secara berperingkat, dan mungkin kita akan turut melihat ia diintegrasikan untuk pelbagai tujuan lain bergerak kehadapan.






