
Tular satu video yang merakamkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah didakwa menembak seekor lembu menggunakan senapang patah. Video berkenaan telah mengundang persoalan ramai.
Polis mengesahkan belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung penularan video tersebut, namun siasatan awal kini sedang dijalankan.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.
“Setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima, namun siasatan awal sedang dilakukan,” katanya.
Baca juga:
Abang Acap dedah keluarga pernah jadi mangsa cubaan pemerasan
Rider muda raih pujian, bantu lancarkan pergerakan ambulans ke HTAA
Onn Hafiz nafi senarai calon BN tular
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti jenis peluru dan senjata yang digunakan dalam kejadian tersebut.
Katanya, pihak polis juga akan memanggil Menteri Besar Perlis dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan mendapatkan keterangan lanjut berkaitan isu itu.
“Sama ada peluru yang digunakan adalah peluru hidup atau bukan, perkara itu masih dalam siasatan.
The post Video tular: Polis siasat dakwaan MB Perlis tembak lembu appeared first on The Reporter.






![“Elak Kejadian Tak Diingini” – Tular Tembak Lembu Korban, Ini Penjelasan MB Perlis [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/MB-Perlis-Jelas-isu-tembak-lembu-korban.jpg?t=1780038261)