Tencent komited labur infrastruktur awan dan teknologi AI selama 3 tahun di Malaysia

LocalTechnology
29 Oct 2026 • 12:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tencent komited labur infrastruktur awan dan teknologi AI selama 3 tahun di Malaysia Image from: Tencent komited labur infrastruktur awan dan teknologi AI selama 3 tahun di Malaysia amree29/10/2026 - 12:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Okt — Gergasi teknologi global dari China, Tencent Cloud komited untuk terus melaksanakan pelaburan di Malaysia sepanjang tiga tahun yang akan datang menerusi pemerkasaan infrastruktur zon awan sedia ada.

 

Pengurus Besar Tencent Cloud International dan Tencent Cloud Malaysia, Nucky Fang mengesahkan komitmen pelaburan berterusan itu bakal menyaksikan lebih banyak aplikasi dan perkhidmatan berasaskan awan diperkenalkan di pasaran tempatan.

 

Selain itu, isu penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjana kandungan (AIGC) kini menjadi fokus utama apabila platform penjelmaan video dan gambar Tencent semakin meraih sambutan hangat daripada syarikat tempatan serta studio produksi.

 

"Inovasi AIGC tersebut memberi peluang baharu kepada penggiat industri kreatif serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia untuk menghasilkan drama, treler serta iklan secara lebih cekap dan kos efektif," jelasnya dalam kenyataan.

 

Tambahnya, kawasan zon awan pertama Tencent Cloud di Malaysia yang dilancarkan Ogos 2026 merangkumi tiga zon ketersediaan di Johor bagi memperkukuh infrastruktur AI serta awan nasional.

 

Kemudahan di Malaysia ini merupakan sebahagian daripada rangkaian infrastruktur global Tencent Cloud International yang kini merangkumi 66 zon ketersediaan di 23 wilayah seluruh dunia.

 

Tencent_DagangNews2026

 

Di samping menyasarkan sektor PKS dan syarikat pemula, Tencent Cloud turut berhasrat menembusi sektor perbankan, perkhidmatan kewangan, dompet digital, serta perusahaan berskala besar.

 

Mengulas mengenai tahap penerimaan AI di Malaysia, Fang menjelaskan bahawa pasaran tempatan dan global ketika ini masih berada dalam fasa penerokaan bagi mengoptimumkan kecekapan operasi.

 

"Tencent Cloud memainkan peranan penting dalam menyediakan sokongan teknikal dan pemprosesan perniagaan bagi membantu syarikat mengintegrasikan teknologi AI secara terus dalam operasi harian mereka," kata beliau.

 

Pendekatan kerjasama erat dengan rakan kongsi tempatan membolehkan kumpulan beralih daripada sekadar penyedia perkhidmatan kepada rakan penyumbang pertumbuhan ekonomi digital.

 

Kenyataan berkenaan diterbitkan bersempena dengan Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Global yang berlangsung di Shenzhen, China ketika ini. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved