Tentera sepak anak: Jangan tuduh semua tentera sama – Mohamed Khaled

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 3:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tentera sepak anak: Jangan tuduh semua tentera sama – Mohamed Khaled

LUMUT – Tindakan seorang anggota tentera menyepak anaknya di sebuah restoran di Kelantan, baru-baru ini tidak boleh dijadikan alasan oleh orang ramai untuk menuduh tentera yang lain bersikap serupa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bukanlah dilakukan anggota tentera semata-mata, sebaliknya boleh juga berlaku dalam kalangan masyarakat biasa.

“Pukul anak ini bukan tentera sahajalah, orang biasa pun ada yang pukul. Jadi tapi kita janganlah besar-besarkan seolah-olah semua tentera macam itu.

“Kita kena jagalah sama-sama supaya benda ini tak dijadikan sebagai asas nak tuduh semua tentera begitu. Sebab orang lain pun (boleh bersikap) begitu juga,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Peluncuran Tim Nukleus Angkatan Siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang anggota tentera tular di media sosial setelah tindakannya menyepak anaknya di sebuah kedai makan di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu.

Dia kemudiannya ditahan pihak berkuasa sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, kelmarin atas pertuduhan menganiaya anak perempuan kandungnya yang berusia lima tahun dengan menyepak mangsa di sebuah kedai makan.

Tertuduh, Mohamed Nisa Mohamed Nasir, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, anggota tentera tersebut berkemungkinan mempunyai pelbagai masalah sehingga menyebabkan dia melakukan tindakan sedemikian.

“Mungkin dia adalah masalah-masalah, tetapi kita anggap ini sebagai sesuatu yang kita beri perhatian dan sebagainya. Kita beri panduan, bimbingan, nasihat dan sebagainya macam biasalah di luar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tentera sepak anak: Jangan tuduh semua tentera sama – Mohamed Khaled appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved