
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada zaman ini, orang ramai dilihat lebih gemar membeli barang secara dalam talian berbanding kedai fizikal. Tidak dinafikan, ‘online shopping’ mempunyai banyak kelebihan terutamanya bagi mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat.
Pun begitu, terdapat juga kekurangannya seperti barang yang diterima dalam keadaan rosak, ditipu penjual atau bungkusan (parcel) yang telah dihantar dicuri oleh individu lain.
Seperti sebelum ini, tular di media sosial dua gadis kantoi mencuri parcel di sebuah kawasan taman perumahan di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.
Baca Artikel Berkaitan: Tular 2 Gadis Kantoi Curi Parcel Rumah Orang Lain Di Johor Bahru
Tular rakaman CCTV wanita didakwa curi parcel
Terbaharu, tular lagi di media sosial satu video rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang wanita didakwa mencuri beberapa bungkusan milik individu lain di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Menerusi ciapan yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, difahamkan perkara terbabit didedahkan oleh seorang lelaki selepas mendapati barangan yang dibeli oleh isterinya secara dalam talian hilang.
“Tolong tularkan kepada rakyat Malaysia dan netizen (kes rembat parcel). Saya duduk kondo area KL. Barang isteri beli rider dah hantar dua hari, letak dalam bilik peti surat,” katanya.
Kejadian dipercayai berlaku pada 29 April lalu berdasarkan tarikh yang tertera pada rakaman CCTV tersebut.
Masuk kondominium dengan dakwa diri penghantar barangan
Menurut lelaki itu, wanita terbabit memasuki kondominium berkenaan dengan mendakwa dirinya sebagai pekerja penghantar barangan bagi sebuah platform membeli-belah dalam talian.
“Sekali dia curi barang-barang bungkusan yang sudah dihantar di dalam bilik peti surat. Barang isteri saya dan tiga empat orang lagi punya parcel pun kena curi. Pakai pelitup muka, macam belah-belah pula dia,” katanya lagi.
Lelaki itu meminta orang ramai untuk menularkan perkara terbabit selain memaklumkan laporan polis sudah dibuat.
Tolong viralkan pada rakyat Malaysia dan netizen (kes rembat barang parcel)
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 20, 2025
Saya duduk kondo area KL. Barang wife beli dekat shopee. Shoppe rider dah hantar 2 hari. Letak dekat bilik mailbox.
Tiba2 2 hari lepastu ada satu minah ni masuk kondo claim kata dia courier shoppee.… pic.twitter.com/t2o1Ayox9y
Baca Artikel Berkaitan: Hantar Parcel Ketika Waktu Berbuka, Keluarga Ini Ajak Rider Iftar Bersama Raih Pujian Ramai [Video]

![“Macam Budak” – Cubaan Gajah Liar ‘Melencong’ Ketika Dipindahkan Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)
![Nampak Lucu Tapi Penuh Kebaikan, Kentut Sambil Berjalan Selepas Makan Baik Untuk Kesihatan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)

![“Terbaik Bro!” – Ramai Puji Tindakan Pemuda Alihkan Objek Di Atas Lebuh Raya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)