Terbuka Denmark: Aaron Chia-Soh Wooi Yik kempunan dalam final keempat

18 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Terbuka Denmark: Aaron Chia-Soh Wooi Yik kempunan dalam final keempat

Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk mencipta kegemilangan dalam Terbuka Denmark tidak terlaka apabila dinafikan gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Shohibul Fikri dalam aksi straight set sebentar tadi.

Ketinggalan 1-10 pada suatu ketika cukup menggambarkan seperti ada yang tidak kena dengan juara dunia 2021 itu untuk menyerap tekanan dalam final di Odense tersebut.

Beregu yang digandingkan kembali selepas tempoh eksperimentasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) cuba mengejar mata demi mata masih belum cukup untuk pilihan keempat kejohanan ini akur set pertama 8-21.

Kesilapan di jaring dan memberi lawan mata-mata mudah seakan menyentak rentak dan rentak permainan yang cuba ditampilkan Aaron-Wooi Yik.

Selepas 31 minit, finalis dalam tiga kejohanan tahun ini tersebut terus kempunan memburu kejuaraan pertama 2026 apabila tewas 11-21.

Walaupun gagal mengulangi kejayaan 2023, namun Aaron-Wooi Yik tetap membawa pulang RM135,000.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved