TERKINI : Aaron & Wooi Yik jinakkan pilihan utama Terbuka Denmark untuk mara ke final!

17 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

TERKINI : Aaron & Wooi Yik jinakkan pilihan utama Terbuka Denmark untuk mara ke final!

Beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serlah bisa sebenar mereka sebaik menewaskan pilihan utama kejohanan, Kim Won Ho - Seo Seung Jae dalam aksi straight set, 21-14, 21-18 untuk melangkah ke final.

Beregu negara yang menghuni ranking keempat dunia ini bermula baik di set pertama sebaik kembali bergandingan untuk kejohanan Terbuka Denmark ini.

Keduanya mengawal gelanggang sebaiknya untuk pastikan set pertama jadi milik mereka menerusi kemenangan 21-14.

Set kedua, gandingan Korea Selatan ini mula agresif. 

Saling mengejar mata untuk kedudukan terikat 7-7 sebelum Wan Ho dan Seung Jae memegang kelebihan 12-10.

Namun itu hanya untuk seketika sebelum Aaron dan Wooi Yik kembali perkemas aksi untuk merampas penguasaan, 16-12 sekali gus menamatkan pertarungan separuh akhir ini menerusi kemenangan straight set, 

Menanti Aaron dan Wooi Yik di final nanti sama ada gandingan Indonesia, yang juga pilihan ketiga kejohanan, Fajar Alfian - Muhammad Shohibul Fikri, ataupun pilihan kedua kejohanan, pasangan China, Liang Wei Keng - Wang Chang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved