Terengganu mahu hak royalti petroleum terus berpaksikan perjanjian PETRONAS 1975

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 12:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Terengganu mahu hak royalti petroleum terus berpaksikan perjanjian PETRONAS 1975 Image from: Terengganu mahu hak royalti petroleum terus berpaksikan perjanjian PETRONAS 1975 liza19/11/2026 - 12:57 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA TERENGGANU 19 Nov – Terengganu tidak berganjak mempertahankan hak royalti petroleum negeri itu dengan menjadikan perjanjian pembayaran tunai yang dimeterai bersama PETRONAS pada 1975 sebagai asas tuntutan.

 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan hak berkenaan tidak boleh diketepikan hanya kerana wujudnya akta yang diperkenalkan selepas perjanjian itu.

 

Beliau berkata, perjanjian pembayaran tunai antara PETRONAS dengan kerajaan negeri itu dimeterai berasaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan merupakan dokumen penting dalam menentukan kedudukan hak pembayaran petroleum kepada Terengganu.

 

“Perjanjian berkenaan bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya perlu diberikan perhatian serius dan tidak sepatutnya diketepikan dalam menentukan hak negeri terhadap pembayaran hasil petroleum.

 

“Sebarang akta yang diwujudkan selepas perjanjian itu tidak wajar dijadikan alasan untuk membatalkan hak Terengganu yang telah dimeterai lebih awal,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat DUN Terengganu ke-15 (Belanjawan 2027) di Wisma Darul Iman hari ini.

 

Menurut Ahmad Samsuri, isu hak royalti petroleum itu bukan perkara yang boleh dipandang ringan atau diketepikan begitu sahaja kerana ia melibatkan kepentingan negeri berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.

 

Dakwa bayaran tidak disalurkan sepenuhnya sejak 2022

Beliau turut membangkitkan isu penyaluran bayaran berkaitan petroleum yang menurutnya tidak diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan negeri sejak berlaku pertukaran kerajaan susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.

 

Katanya, bayaran berkenaan merangkumi royalti atau istilah lain yang digunakan seperti wang tunai petroleum, dana khas Kerajaan Persekutuan dan wang ihsan.

 

Ahmad Samsuri berkata, beliau berharap keadaan itu dapat dipulihkan seperti sepatutnya sekiranya berlaku perubahan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

 

“Kerajaan Terengganu akan terus mempertahankan kepentingan dan hak negeri berdasarkan perjanjian serta kerangka undang-undang yang telah dipersetujui,” tegasnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved