Terima banyak perlian, Syamimia bagi rating buat komen2 toksik netizen

19 Jun 2024 • 10:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pempengaruh sensasi, Syamimia bagi rating buat komen-komen toksik netizen yang diterima di media sosial miliknya serta podcast yang dihadiri sebelum ini.

Menerusi posting yang dibuat oleh Syamimia itu, dia telah memuat naik beberapa tangkapan layar komen toksik diterima olehnya yang pasti menyakitkan.

@syamimia_

Segmen khas malam minggu, Edisi Siasat.

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

Syamimia bagi rating, komen diterima di podcast bersama Haze

Dalam video berkenaan, pempengaruh itu telah memberikan rating kepada komen yang diterima sewaktu menjawab soalan di podcast bersama Hazeman Huzir.

Jelasnya, Hazeman memang sudah memberitahu dari awal berkenaan soalan-soalan yang akan ditanya agak ‘pedas’ dan dia juga bersetuju serta menjawab mengikut soalan diberi.

“Hari ini kita nak main rating komen haters. Jangan ambil serius, kita nak santai saja di sini. Bermula dengan komen pertama dekat video podcast dengan Haze hari itu.

Suka hati saja dia mengata. Macam kenal lama tu. Untuk komen yang ini saya bagi 7 per 10. Dia tak faham style podcast yang santai, bahasa tak berlapik, soalan sentap, panas,” ujarnya.

image is not available

Syamimia bagi rating, komen-komen di video peti sejuk

Dalam pada itu, Syamimia juga telah memberi rating untuk beberapa komen diterima di video unboxing peti sejuk berjenama tempoh hari.

Menurutnya, komen-komen dan perlian diterima cukup menyakitkan dan toksik walaupun tidak memaki hamun di ruangan tersebut.

“Seorang ini dia datang dekat video peti ais saya. Dia komen yang toksik, dia macam bukanlah nak kena buruk-buruk perkataan tu baru nampak toksik itu.

“Bukannya kena maki-maki, kena hina baru nampak toksik. Jadi, dia sindir, perli, membahan macam itu. Dia cakap tak boleh condem apa-apa fasal budak Syamimia, penjilat dia ramai, nanti kita kecam sekali.

“Cukup pedas, cukup menyakitkan hati. 7 per 10 juga saya bagi. 3 markah kurang sebab dia kata saya ada penjilat. Sekarang ini yang tak follow saya pun dah boleh fikir dengan waras cyberbully itu apa.

“Diorang pun geram dengan benda-benda yang remeh macam ini. Kita tak nak buka aib dia, kita buka yang dia sendiri buka aib dia. Dia dah block kita, jadi kita tutup dan decide untuk sembunyikan perangai buruk dia,” katanya.

image is not available

Konon-konon tak sebut nama

Dia juga ‘memetik’ beberapa nama akaun yang menyindirnya seolah-olah tidak ditujukan secara langsung kepadanya kerana tidak menyebut nama Syamimia.

“Yang ni komen saya bagi 9 per 10. Anna Farhana dan Ziana Khirana ini saya ingat dan kenal, dia ada komen di video peti ais. Komen yang toksik yang macam sindir, perli, macam terpaling bagus la.

“Kau buat salah, kau tolak orang itu lepas itu kau salahkan dia,” katanya.

image is not available

Malu je perangai perempuan macam tu

Video ulasan yang dibuat Syamimia telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata terhibur dengan cara pempengaruh viral itu menanggapi komen netizen yang ‘aneh-aneh’.

Mereka juga mengakui bahawa pempengaruh berkenaan semakin santai dalam melayani komen-komen berbentuk pembulian yang diterima dan ia cukup berbeza seperti beberapa bulan lalu sewaktu dikecam hebat di media sosial.

image is not available

Bagus Syamimia bagi rating, letih juga asyik kena cyber bully

image is not available

Orang2 toksik macam tu ada masa pula hakimi kehidupan orang lain ye

image is not available

 

Tak faham betul kenapa orang nak kecam dia pasal peti sejuk

 

image is not available

Sumber: TikTok syamimia_