‘Terima kasih rider selamatkan saya di NKVE semalam’

26 Sep 2026 • 11:16 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Terima kasih rider selamatkan saya di NKVE semalam’

PETALING JAYA – Mangsa yang dihempap pokok tumbang di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), semalam berterima kasih kepada semua rider (penghantar) yang telah membantunya.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, individu yang dikenali sebagai Izszana berkata, dalam kejadian petang semalam, dia terselamat meskipun kenderaannya di hempap pokok tersebut.

Terima kasih semua rider yang bantu saya dalam kejadian pokok tumbang di Lebuh Raya Utara Selatan/NKVE hala utara pukul 5.20 petang semalam.

“Alhamdulillah, saya selamat tanpa sebarang kecederaan. Syukur Allah masih panjangkan umur saya,” tulisnya.

Kata Izszana, sewaktu kejadian tiada satu kereta pun berdekatan kenderaannya dan insiden berkenaan adalah satu ujian buatnya.

“Kalau tengok dari ‘dashcam’ (kamera papan pemuka) memang Allah nak pilih saya terima ujian ni, sebab tiada kereta sebelah kiri (baru saya perasan).

“Kepada kenderaan di depan dan belakang saya, sudilah kongsi video dashcam sekiranya ada,” katanya.

Pada hantaran itu juga, wanita berkenaan turut berkongsi klip video yang dirakam dashcam kenderaannya.

Menerusi klip video tersebut, pokok tersebut telah menghempap kenderaannya dinaiki wanita itu dan pada masa sama tiada kenderaan lain berdekatannya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Terima kasih rider selamatkan saya di NKVE semalam’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved