
KUALA LUMPUR - Beberapa kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap pokok yang tumbang susulan kejadian ribut petir di sekitar Damansara, semalam.
Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Damansara Damai dan Sri Damansara.
Beberapa gambar dan hantaran yang tular di media sosial memaparkan keadaan selepas kejadian, termasuk pokok bersaiz besar yang tumbang menghempap struktur bumbung di kawasan parkir.
Seorang pengguna media sosial mendakwa, dia melihat hampir 20 pokok tumbang ketika melalui kawasan Damansara Damai dan Sri Damansara pagi tadi.
“Banyak pokok yang tumbang itu sudah berusia dan pihak berkuasa berkaitan perlu memantau serta menjalankan kerja penyelenggaraan secara berkala,” katanya menerusi hantaran berkenaan. - Getaran, 26 September 2026




![[VIDEO] Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-26-at-5.11.12-PM-1024x575.jpeg)

