Terima Teguran 'Abang Long', Rebecca Padam Video, Hantaran Bertelagah Sesama Ahli Keluarga - "Kita Doakan Agar ..."

21 Apr 2025 • 6:12 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas kecoh dengan kisah bertelagah sesama ahli keluarga, pelakon Datin  Rebecca Nur Al-Islam memilih pendekatan untuk memadamkan segala hantaran yang dimuatnaiknya sebelum ini.

Hal itu demi menghormati nasihat dan teguran oleh abang sulungnya yang juga suami kepada usahawan popular Bonda Rozita Ibrahim.



"Terima kasih Abang Long atas nasihat malam ini.



"Demi menghormati Abang Long saya, saya terima segala teguran, nasihat dan seperti biasa kasih sayang dan kata-kata positif yang dicurahkan pada malam ini.



"Saya sayang Along. Adik sangat sayang Along.



"Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan agar Along sentiasa sihat dan bahagia, sentiasa bersama isteri dan anak-anak tercinta. Ameen, Allahumma Ameen.



"Saya akan padam segala-galanya," tulisnya di Instagram Stories bersama tanda pagar #BloodIsThickerThanWater.



image is not available

Sebelum ini, Rebecca memuat naik video penjelasan mendakwa dirinya diserang seorang individu yang digelar ‘makcik bodoh’ dipercayai merujuk kepada Shahida.



Pertelingkahan terbuka antara Rebecca dan keluarga usahawan sensasi itu dipercayai bermula selepas pelakon itu memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu menumpang populariti milik Shahida.