Terkejut jumpa mayat dalam longkang depan rumah

26 Nov 2026 • 3:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Terkejut jumpa mayat dalam longkang depan rumah

JEMPOL – Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Taman Meranti, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat kira-kira pukul 8.50 malam selepas seorang wanita berusia 40an datang ke Balai Polis Bahau untuk membuat aduan.

Menurutnya, wanita berkenaan memaklumkan terdapat seorang lelaki tidak dikenali berada di dalam longkang di hadapan rumahnya.

“Pemeriksaan awal di lokasi kejadian menemukan dompet dan kad pengenalan milik mangsa sebelum identitinya dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 66 tahun yang menetap di Kampung Indah, Bahau,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Jempol pada pukul 1 tengah hari dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat penyakit jantung.-KOSMO! ONLINE

The post Terkejut jumpa mayat dalam longkang depan rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved