TERKINI: Selepas ditidurkan, tangan atlet negara pula dipotong

18 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

TERKINI: Selepas ditidurkan, tangan atlet negara pula dipotong

Perkembangan terbaharu mengenai kemalangan jalan raya melibatkan atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, telah selesai menjalani pembedahan menurut Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat oleh akbar tempatan.

Namun, terpaksa menelan kepahitan apabila tangan kanannya terpaksa dipotong dan tidak dapat diselamatkan berikutan salur darah dan sistem saraf pada bahagian tersebut yang tercedera tidak lagi berfungsi.

Katanya, saranan itu dibuat bagi menyelamatkan nyawa badang muda negara berusia 22 tahun itu.

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026 itu dipercayai terbabas daripada motosikal sebelum mengalami kecederaan serius, termasuk patah tulang tangan kanan serta kecederaan pada bahu kanan dan kepala.

Dia kemudiannya ditidurkan bagi membolehkan rawatan intensif diteruskan sebelum meneruskan pembedahan oleh pasukan perubatan.

Hafizuddin atau mesra disapa Udin mencipta rekod kebangsaan baharu acara snatch menerusi angkatan 162 kilogram, selain rekod baharu Sukan Komanwel dalam kategori berkenaan.

Sebarang kemas kini akan diketahui dari masa ke semasa. Teruskan bersama Stadium Astro untuk perkembangan seterusnya.

Kredit foto -- RTM

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved