Ternampak Orang Tolak Motor Tepi Jalan Sebab Kehabisan Minyak, Tindakan Lelaki Ini Raih Pujian

Entertainment
18 Jul 2024 • 3:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kenderaan yang korang bawa tiba-tiba kehabisan minyak di tepi jalan, mesti korang dah mula risau untuk cari di mana stesen petrol berdekatan. Macam mana pun, kenalah tunggu bantuan ataupun tunda jika kenderaan yang dibawa itu ringan seperti motosikal.

Jumpa orang tunda motor

Satu hantaran video oleh @pojiesalim_ di TikTok, memaparkan situasi dirinya ternampak seorang lelaki sedang menunda motosikalnya disebabkan kehabisan minyak. Dia ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menghulurkan bantuan kepada lelaki itu kerana pernah berada dalam situasi sebegitu.

Masa dalam perjalanan balik kerja terjumpa orang tolak motor, kesiannya.. dengan cuaca panasnya ni.. mesti brader ni mengharapkan bantuan sebab aku pernah rasa apa yang dia rasa.

Walaupun lokasi stesen petrol berdekatan sebenarnya agak jauh, lelaki tersebut tidak merungut malah bantu menunda motosikal yang kehabisan minyak itu.

Offer isi minyak sama-sama

Bagi membalas jasa, penunggang motosikal itu mengajak lelaki berkenaan untuk sama-sama mengisi minyak namun ditolak dengan cara baik kerana tangki minyak motosikalnya sudah penuh. Berkali-kali juga penunggang motosikal itu berterima kasih dan mendoakan lelaki tersebut.

Jika kita mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan. – kapsyen

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat kebaikan yang ditonjolkan oleh pemilik video. Mereka turut menceritakan pengalaman masing-masing menunda motosikal orang yang tidak dikenali.

image is not available image is not available image is not available

Terima kasih orang baik!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.