“Teruk Perancangan Dekat Selangor” – Ahmad Faezal Kongsi Masjid At-Taufiqiah Ditenggelami Banjir Walau Tak Hujan [Video]

LocalEnvironment
5 Nov 2026 • 4:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Teruk Perancangan Dekat Selangor” – Ahmad Faezal Kongsi Masjid At-Taufiqiah Ditenggelami Banjir Walau Tak Hujan [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Masjid At-Taufiqiah di Puncak Alam, Selangor sekali lagi dinaiki air sejak awal pagi semalam (4 November) sekaligus menjejaskan keselesaan jemaah untuk beribadah di sana.

Pempengaruh geopolitik terkenal, Ahmad Faezal menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya turut dilihat hadir bagi meninjau keadaan semasa di sana. Menerusi video tersebut, kelihatan air banjir telah pun mencecah paras pinggangnya.

Jelasnya, masjid tersebut ditenggelami air susulan banjir yang berlaku secara mengejut. Faezal selepas menemu bual jemaah masjid berkata, air secara tiba-tiba naik 30 minit selepas jemaah masjid selesai menunaikan solat Subuh berjemaah pada hari terbabit.

Difahamkan kejadian banjir itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi menyebabkan keseluruhan kawasan masjid termasuk ruang solat lelaki, wanita dan tandas terjejas.

‘Tak Hujan, Tapi Masjid At-Taufiqiah Masih Dinaiki Air Kerana Berdekatan Sungai’ – Ahmad Faezal

Apa yang mengejutkan adalah kejadian didakwa berlaku bukan pada waktu hujan. Ujarnya, ini menunjukkan kawasan tersebut mempunyai masalah perparitan.

“Tetapi macam yang korang nampak, dalam masa setengah jam dah overwhelmed (ditenggelami banjir) Ni bukan AI (Kecerdasan Buatan) atau green screen. Ni kejadian sebenar. Saya bawa drone untuk tunjuk dekat korang masalah yang melanda dekat kawasan ni untuk faham secara mendalam yang kita ada masalah saliran.

“Ini kerana bersebelahan dengan masjid ini lebih kurang 100 ke 200 meter ada sebatang sungai. Benda-benda macam ni kita selalunya tengok dekat Aceh,” katanya.

Malah dia juga menunjukkan kesan semula jadi paras air yang ada pada tembok masjid, menunjukkan betapa kerapnya kejadian terbabit berlaku di sana.

“Teruk habis perancangan dekat Selangor sampai masjid berulang kali banjir,” katanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Masjid At-Taufiqiah Dah 7 Kali Dilanda Banjir

Memetik Sinar Harian, Masjid At-Taufiqiah di Bandar Seri Coalfields itu sudah tujuh kali dilanda banjir.

Setiausaha masjid tersebut, Mohd Fazlizan berkata banjir kali ini naik terlalu tinggi dan cepat sehingga mencecah 0.9 meter di dalam kawasan masjid, manakala di bahagian luar pula 1.2 meter.

Menurut Faezal, air mencapai paras dada di ruangan solat jemaah wanita.

“Kita ada masalah saliran sekarang ni. Tak hujan tapi boleh banjir Masjid At-Taufiqiah. Jadi nak tanya siapa sekarang ni?

“Pihak mana yang terlibat menguruskan saliran? Jabatan Pengairan Sungai (JPS)? Pejabat Daerah? Majlis Perbandaran? Pihak mana yang terlibat nak mencegah benda ni,” soalnya.

‘Banyak Lagi Premis Perniagaan Terkesan Selain Masjid, Adakah Ini Normal?’ – Ahmad Faezal

Tambahnya, liputan yang boleh dilakukan di kawasan itu juga adalah terhad memandangkan air naik begitu tinggi.

“Inilah realiti dan realiti tidak boleh ditapis dan tidak boleh diselindung. Perbaiki ni. Hentikan kegilaan ini. Betulkan keadaan sebab bukan masjid ni je terjejas tapi Dekat sana (kawasan berhampiran) ada kedai kereta. Bisnes hancur.

“Sebelah sana pula ada kedai perabot. Bisnes hilang. Kedai makan, bisnes hilang (juga). Bukannya masjid je terkesan. Saya akhiri dengan soalan sama tadi, adakah ini normal?”

‘Laporan Saya Adalah Berlandaskan Hakikat Bukan Disebabkan Politik’ – Ahmad Faezal

Dalam satu hantaran terbaharu, Ahmad Faezal menjelaskan bahawa isu yang disuarakan bukanlah berkisar kepada hal politik tetapi bimbang tentang perkara yang perlu dilalui rakyat.

“Tak normal bila hujan jer, kampung terancam kerana sungai mengembang sampai rumah-rumah mula dinaiki air.

“Tak normal bila masjid terkena konsep ‘hujan di hulu, banjir di hilir’. Hujan dah berhenti tapi pengembangan sungai berterusan sampai Masjid Taufiqiyah tenggelam.

“Laporan saya adalah berlandaskan hakikat, bukan kecenderungan pilihan raya atau apa-apa sewaktu dengan politik. 

View on Threads
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved