TH ambil semula dua aset, dengan harga lebih murah

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TH ambil semula dua aset, dengan harga lebih murah

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sudah mengambil semula dua aset yang dijual sebelum ini susulan kedudukan kewangan yang semakin kukuh setelah melaksanakan cadangan Suruhanjaya Laporan Diraja (RCI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, dua aset itu sebelum ini dijual kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) pada 2018.

Beliau berkata, pengambilan semula aset berkenaan adalah berdasarkan penilaian komersial dan kesesuaian kriteria TH.

“Contoh, baru-baru ini tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dijual pada nilai RM400 juta pada 2018 telah dibeli semula oleh TH pada harga RM270 juta, berdasarkan nilai pasaran semasa.

“Kedua, ladang kelapa sawit UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd yang dijual pada nilai RM800 juta, dibeli semula pada tahun ini dengan nilai pasaran RM650 juta termasuk tunai RM115 juta iaitu nilai perusahaan, sekitar RM580 juta,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengenai isu pelunasan zakat yang membangkitkan kekeliruan, Zulkifli berkata, status bagi pihak pendeposit bagi tahun-tahun sebelum ini adalah sah dan telah dilaksanakan secara sempurna.

Katanya, Jawatankuasa Penasihat Syariah TH dalam mesyuaratnya pada 2 September 2020 berpandangan bahawa status pembayaran zakat bagi pendeposit pada tahun-tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan adalah sah dan mematuhi hukum syarak.

“Bahkan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 menetapkan TH adalah institusi yang tidak wajib zakat ke atasnya tetapi institusi itu wajib membayar zakat bagi pihak pendeposit.

“TH secara konsisten menunaikan kewajiban bagi pihak pendeposit selaras dengan ketetapan ini,” katanya.-UTUSAN

The post TH ambil semula dua aset, dengan harga lebih murah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved