TH struktur semula portfolio pelaburan

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2026 • 11:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TH struktur semula portfolio pelaburan

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil tindakan untuk menstruktur semula portfolio pelaburan berasaskan pengurusan risiko yang berhemah susulan pengesyoran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, TH juga memberi tumpuan kepada pelaburan mampan dan hasil tindakan itu menunjukkan aset kekal melebihi liabiliti pada setiap akhir tahun sejak 2018 sebagaimana dikehendaki oleh Akta TH 1995.

“TH telah berjaya mencatat pendapatan pelaburan pada paras tertinggi untuk tempoh lapan tahun iaitu sebanyak RM4.64 bilion pada tahun 2025 dan pada masa sama berjaya membina semula rizab untuk memastikan kestabilan dan kemampanan dana pendeposit.

“TH kekal komited untuk menjaga kepentingan lebih 9.8 juta pendeposit dan memelihara keyakinan serta amanah yang diberikan oleh pendeposit dalam menguruskan dana simpanan haji mereka,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Datuk Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) mengenai mekanisme terkini menjamin simpanan RM93.4 bilion pendeposit Tabung Haji susulan RCI 2026 yang meneliti 14 pelaburan bermasalah termasuk tujuh mengalami kerugian 100 peratus.

The post TH struktur semula portfolio pelaburan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved