Thailand tahan tiga rakyat Malaysia jadi ‘keldai dadah’

4 Aug 2026 • 8:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Thailand tahan tiga rakyat Malaysia jadi ‘keldai dadah’

HAT YAI (THAILAND): Pihak berkuasa negara ini menahan tiga warga Malaysia yang disyaki bertindak sebagai keldai dadah selepas merampas 87 kilogram (kg) syabu sebaik turun dari kereta api di Stesen Kereta Api Hat Yai, di sini, Jumaat lalu.

Serbuan pukul 7.10 pagi oleh Biro Pembanterasan Narkotik (NSB) bersama polis Thailand itu membawa kepada penemuan tiga beg roda dan beg galas milik suspek mengandungi bahan terlarang itu

Jurucakap Pasukan Petugas Polis Hat Yai berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek berperanan sebagai kurier menerima upah sebanyak RM8,000 seorang dari kumpulan sindiket dadah bagi membawa bekalan syabu itu masuk ke Malaysia.

Katanya, semua suspek akan didakwa secara bersama atas pertuduhan memiliki Narkotik Kategori 1 secara haram bagi tujuan pengedaran, iaitu kesalahan komersial yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan negara.

“Siasatan terhadap mereka masih diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Sumber mendedahkan sindiket dadah transnasional kini dikesan semakin kerap menggunakan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah.

Katanya, sindiket itu menggunakan perkhidmatan kereta api bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

“Ketiga-tiga rakyat Malaysia yang ditahan itu masing-masing berusia lingkungan 30-an,” ujarnya. – UTUSAN

The post Thailand tahan tiga rakyat Malaysia jadi ‘keldai dadah’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved