Polis sita Lamborghini dipandu laju setelah terima aduan orang ramai

WorldCars
8 Sep 2026 • 12:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis sita Lamborghini dipandu laju setelah terima aduan orang ramai

LONDON: Pihak polis telah menyita sebuah kereta mewah Lamborghini berharga lebih £200,000 (RM1.09 juta) selepas menerima beberapa laporan berhubung kesalahan memandu secara berbahaya dan melebihi had kelajuan.

Pasukan Polis Essex menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai pada petang Sabtu mengenai sebuah kereta Lamborghini Huracan dipandu pada kelajuan yang disyaki melebihi dua kali ganda daripada had dibenarkan di Southend.

Pegawai polis kemudian bertindak menyita kereta mewah berkenaan di bawah undang-undang baharu yang lebih ketat bagi membanteras pemanduan berbahaya.

“Pemanduan antisosial boleh membahayakan pengguna ja­lan raya yang lain dan me­nimbulkan gangguan kepada penduduk tempatan,” kata jurucakap pasukan polis.

“Keselamatan komuniti ka­mi akan sentiasa menjadi keutamaan dan kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membahayakan keselamatan orang lain,” tambah beliau.

Menurut portal Autotrader, kereta Lamborghini Huracan mempunyai harga pasaran di atas jalan bermula daripada £238,195 (RM1.3 juta), bergantung pada varian model.

Kenderaan berkenaan disita di bawah Seksyen 59 Akta Pembaharuan Polis yang telah diperketat awal tahun ini.

Ia bagi membolehkan pihak polis merampas kenderaan secara serta-merta sekiranya ia mencetuskan kegelisahan, gangguan atau ancaman kepada orang awam.

Pemandu yang memandu secara berbahaya seperti melakukan putaran roda, berlumba di kawasan perumahan atau sengaja menekan enjin secara berulang kali boleh berdepan tindakan penyitaan kenderaan.

Sebelum pindaan undang-undang tersebut dikuatkuasakan, pihak polis hanya boleh menyita kenderaan sekiranya pemandu terbabit pernah terlibat dalam insiden pemanduan antisosial lain dalam tempoh 12 bulan sebelumnya.

Bagaimanapun, pegawai polis masih mempunyai budi bicara untuk memberikan amaran terlebih dahulu. – AGENSI

The post Polis sita Lamborghini dipandu laju setelah terima aduan orang ramai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved