Tiada Elaun Khusus F1 Diumumkan Lagi, RM60 Adalah Kadar Volunteer Umum Untuk Semua Acara SIC

28 Jul 2026 • 1:39 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Tiada Elaun Khusus F1 Diumumkan Lagi, RM60 Adalah Kadar Volunteer Umum Untuk Semua Acara SIC

SEPANG – Isu mengenai kadar elaun sukarelawan bagi Formula 1 Malaysia 2026 mendapat perhatian selepas pengumuman kembalinya perlumbaan berprestij itu ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Azhan Shafriman Hanif menjelaskan bahawa setakat ini tiada sebarang elaun khusus yang diumumkan lagi untuk sukarelawan Formula 1.

Menurut beliau, kadar RM60 yang menjadi perbincangan adalah kadar umum sukarelawan bagi acara-acara yang dianjurkan oleh SIC dan bukan kadar khas untuk Formula 1. Kadar ini memang sudah lama dipertontonkan di salah satu bahagian di Portal SIC.

“Tiada elaun khusus lagi diumumkan untuk F1. RM60 itu adalah kadar volunteer umum bagi kesemua event SIC dan perkara tersebut memang telah lama tersedia melalui saluran rasmi SIC,” jelas beliau ketika ditemui di Pejabat beliau sebentar tadi.

Beliau berkata, sebarang maklumat berkaitan struktur sukarelawan, tugasan serta manfaat untuk acara Formula 1 akan diumumkan apabila perancangan rasmi berkaitan program tersebut dimuktamadkan. Tambahnya, sukarelawan dan Marshall adalah 2 tugas yang berbeza.

Kembalinya Formula 1 ke Sepang dijangka membuka peluang besar kepada peminat tempatan untuk kembali merasai pengalaman bekerja di belakang tabir acara sukan permotoran bertaraf dunia, termasuk peluang menjadi sebahagian daripada pasukan sukarelawan.


The post Tiada Elaun Khusus F1 Diumumkan Lagi, RM60 Adalah Kadar Volunteer Umum Untuk Semua Acara SIC appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved