'Tiada kecurian wang berlaku' - Nazir Hussin nafi Yayasan Bank Rakyat rugi RM10 juta

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 12:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tiada kecurian wang berlaku' - Nazir Hussin nafi Yayasan Bank Rakyat rugi RM10 juta
Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin ketika sidang media pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN - ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin menafikan berlaku penyelewengan dana berjumlah RM10 juta membabitkan YBR, sebaliknya mendakwa pelaburan berkenaan telah memberikan pulangan hibah sebanyak RM1.85 juta.

Nazir Hussein berkata, modal pelaburan RM10 juta yang dibuat YBR itu juga telah diperoleh semula sepenuhnya sebelum pelaburan berkenaan ditamatkan pada November 2022.

“YBR tidak kehilangan satu sen pun dan tiada kecurian wang berlaku.

"YBR telah membuat pelaburan sebanyak RM10 juta dan ia dibuat berdasarkan prinsip 'good governance, due diligence' serta tatakelola yang sewajarnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved