YBR tidak pernah rugi, malah untung RM1.85 juta- Nazir

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 1:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: YBR tidak pernah rugi, malah untung RM1.85 juta- Nazir

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Yayasan Bank Rakyat (YBR), Datuk Seri Nazir Hussin Akhtar Hussin menafikan pelaburan RM10 juta yang dibuat yayasan itu mengalami kerugian seperti dakwaan sesetngah pihak.

Beliau berkata, YBR tidak kehilangan satu sen pun daripada pelaburan tersebut, malah memperoleh pulangan hibah sebanyak RM1.85 juta sepanjang tempoh pelaburan.

“YBR telah membuat pelaburan sebanyak RM10 juta dan pelaburan tersebut dibuat berdasarkan prinsip good governance, due diligence serta tatakelola yang sewajarnya.

“Lebih penting, modal pelaburan berkenaan telah diperoleh semula sepenuhnya, malah YBR turut menerima pulangan hibah sebanyak RM1.85 juta daripada pelaburan tersebut,” katanya pada satu sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Nazir, pulangan hibah berkenaan dikreditkan terus ke akaun YBR setiap tiga bulan sepanjang tempoh pelaburan.

Beliau berkata, bagaimanapun, YBR telah menamatkan pelaburan tersebut pada November 2022.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan beliau menyalahgunakan kedudukan dengan membuat pelaburan menggunakan syarikat milik abangnya, Nazir menegaskan dakwaan itu adalah tidak tepat.

“Untuk penjelasan, syarikat berkenaan bukan milik abang saya. Sebaliknya, abang saya hanya menjadi salah seorang pelabur dalam syarikat tersebut selepas YBR membuat pelaburan,” katanya.

Beliau berkata, transaksi yang melibatkan abangnya dalam syarikat berkenaan hanya bermula pada 2021 dan individu itu masih menjadi salah seorang pelabur sehingga kini.

“Justeru, adalah tidak tepat untuk menggambarkan pelaburan YBR itu sebagai pelaburan dalam syarikat milik abang saya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post YBR tidak pernah rugi, malah untung RM1.85 juta- Nazir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved