Tiada sebarang pertemuan, perjanjian Kementerian Pengangkutan dengan AirAsia – Loke

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 4:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tiada sebarang pertemuan, perjanjian Kementerian Pengangkutan dengan AirAsia – Loke

Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan atau perjanjian dengan AirAsia dalam tempoh beberapa minggu lepas, kata Anthony Loke.

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lepas, selain tiada perjanjian dicapai dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat penerbangan sememangnya akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan kerajaan, namun perbincangan terbaharu berkaitan AirAsia kemungkinan diadakan dengan Kementerian Kewangan (MOF). 

“Kalau dalam dua minggu, tiga minggu ini memang tak ada apa-apa pertemuan dengan pihak AirAsia dan tak ada apa-apa perjanjian.

“Mungkin mereka (AirAsia) ada perbincangan dengan MOF. Maksud saya syarikat penerbangan ini memang ada mesyuarat berkala dengan dengan pihak kerajaan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Loke berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan AirAsia bahawa syarikat itu mengadakan pertemuan dengan kerajaan, termasuk MOF dan Kementerian Pengangkutan serta sama ada terdapat perjanjian dicapai bagi membantu syarikat penerbangan berkenaan.

Menurut laporan Reuters, Pengasas bersama AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan mengadakan pertemuan dengan MOF dua minggu lepas bagi membincangkan mengenai kemungkinan sokongan kerajaan kepada syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara itu.

Menurut laporan itu, perbincangan tersebut diadakan berikutan kebimbangan kerajaan terhadap kedudukan kewangan syarikat penerbangan domestik terbesar negara itu susulan kenaikan mendadak harga bahan api pesawat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved