Tidak boleh berlaku lagi -- Kim Pan-gon

FootballSports
1 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Tidak boleh berlaku lagi -- Kim Pan-gon

Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, berharap ada kemenangan berganda buat keluarga Gergasi Merah selepas kejayaan skuad futsal Selangor merangkul gelaran juara Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2026 baru-baru ini.

Anak buahnya akan melayan kunjungan Star City dalam saingan minggu keenam, Liga Super 2026/27 dengan pertembungan kali ketiga musim ini selepas dua kali di saingan Piala FA tempoh hari.

Pengalaman berhadapan skuad bekas pengendali The Red Giants yang ketika ini memimpin Star City, Mehmet Durakovic, memberi gambaran sangat jelas kepada Pan-gon dalam persediaannya pasukan kali ini lebih-lebih lagi apabila skuad Star City yang agresif mengatur serangan serta kerap menghadirkan bahaya buat jentera pertahanan Selangor sebelum ini.

 

 

"Star City seperti yang kita tahu pasukan yang banyak menyerang, kami bersedia untuk itu selepas pengalaman aksi sebelum ini.

"Kami tewas kepada mereka, ia tidak boleh berlaku lagi. Saya rasa pemain tahu apa yang berlaku, dan kami tahu masalah yang berlaku. Kami perbaiki semua itu.

"Jadi Ahad nanti (malam ini), penting untuk lakar keputusan positif, motivasi kami tinggi, saya harap pemain beri aksi terbaik." katanya.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved