Tiga beranak dilapor hilang sejak 20 Julai lalu

4 Aug 2026 • 3:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga beranak dilapor hilang sejak 20 Julai lalu

JITRA – Polis sedang mengesan tiga sekeluarga dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam dekat sini yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu.

Laporan berhubung kehilangan pasangan suami isteri, Khairul Azhar Ahmad, 39, dan Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, serta anak mereka, Adid, 9, dibuat bapa wanita terbabit berusia 62 tahun, tengah malam tadi.

Kanak-kanak itu juga dikatakan tidak ke sekolah dalam tempoh tersebut.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, ahli keluarga memaklumkan kali terakhir mereka dapat menghubungi individu dilaporkan hilang itu adalah pada 20 Julai lalu sebelum gagal dihubungi sehingga hari ini.

“Hasil siasatan televisyen litar tertutup (CCTV) di perumahan tersebut mendapati tiga individu terbabit ada pulang ke rumah dengan sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi semalam dan keluar semula dari situ kira-kira sejam lapan minit kemudian,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan tiga beranak berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di talian 04-917 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga beranak dilapor hilang sejak 20 Julai lalu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved