Tiga geng curi kabel tumpas, tujuh suspek ditahan

21 Sep 2026 • 2:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga geng curi kabel tumpas, tujuh suspek ditahan
Mohd Nasyim menunjukkan identiti enam suspek yang masih bebas dan dikehendaki bagi membantu siasatan.

TEMERLOH - Tujuh termasuk seorang wanita anggota tiga geng yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel di sekitar daerah ini berjaya ditahan dalam beberapa siri serbuan di sini antara Selasa hingga Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, semua suspek berusia 16 hingga 40 tahun yang ditahan sekitar Temerloh dan Mentakab itu dipercayai anggota geng Mat Letrik, Geng Mista dan Geng Sasi.

Menurutnya, semua anggota geng terbabit termasuk enam yang masih bebas dipercayai turut terlibat dalam lima kes curi kabel komunikasi dan utiliti milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) yang dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini dengan anggaran kerugian kira-kira RM100,000.

"Susulan penahanan suspek terlibat, polis turut merampas sejumlah kabel, sebuah kereta dan lori serta alat pembuka 'main hole' yang digunakan dalam kegiatan tersebut.

"Hasil soal siasat dijalankan mendapati tiga suspek terlibat secara langsung mencuri kabel manakala dua lagi membantu proses kabel dicuri untuk mendapat logam berharga terutama tembaga," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Temerloh di sini pada Isnin.

Mohd Nasyim berkata, semakan mendapati empat suspek memiliki rekod lampau berkait dadah dan jenayah.

"Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek, salah seorang daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamime.

"Semua suspek kini ditahan reman sehingga Selasa bagi membantu siasatan dan kes disiasat

di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan.

"Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 235 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali,"katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini masih mengesan tujuh suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan.

"Polis telah selesai buat soal siasat ke atas semua suspek yang ditahan dan perintah reman yang berakhir pada Selasa dijangka akan dilanjutkan untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Menurutnya, tindakan akan diambil termasuk mengantung lesen kepada premis atau kedai barang lusuh yang didapati membeli kabel curi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved