Tujuh Individu Ditahan Disyaki Terlibat Kes Curi Kabel Di Temerloh, Mentakab

21 Sep 2026 • 10:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tujuh Individu Ditahan Disyaki Terlibat Kes Curi Kabel Di Temerloh, Mentakab

Polis menahan tujuh individu menerusi beberapa siri operasi di sekitar Temerloh dan Mentakab pada 15 hingga 19 September lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kesemua suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga kumpulan iaitu Geng Mat Letrik, Geng Mista dan Geng Sasi.

Katanya, hasil semakan mendapati empat daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati salah seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, menerusi beberapa operasi berkenaan, polis turut merampas tiga kenderaan serta kabel komunikasi dan utiliti yang dipercayai milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM).

Jelasnya, polis turut merampas pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk menarik dan memotong kabel, selain alat membuka lubang manhole.

“Tujuh suspek termasuk enam yang masih bebas dipercayai turut terlibat dalam lima kes curi kabel komunikasi dan utiliti milik TNB dan TM yang dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini dengan anggaran kerugian kira-kira RM100,000,” katanya.

Kesemua suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Baca juga:

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan serta Seksyen 235(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved