Tiga lelaki ditahan, curi motosikal

19 Oct 2026 • 11:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga lelaki ditahan, curi motosikal
Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di Jalan Bukit Bintang di sini pada 26 September lalu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di Jalan Bukit Bintang di sini pada 26 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam kira-kira jam 2.11 pagi pada hari sama.

“Bertindak atas maklumat, tiga suspek berusia antara 23 hingga 32 tahun ditahan semalam (Ahad) kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Azwan berkata, polis turut merampas dua motosikal, sehelai seluar jeans dan sepasang selipar bagi membantu siasatan.

"Kita berjaya menyelesaikan tiga kes lain di sekitar kawasan Dang Wangi hasil penahanan ketiga-tiga suspek itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Kesemua suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222," ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved