Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh pelajar tingkatan 4

4 Oct 2026 • 10:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh pelajar tingkatan 4

BATU PAHAT: Seramai tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dipercayai bagi membantu siasatan melibatkan kematian seorang pelajar perempuan di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini petang semalam.

Difahamkan, penahanan ketiga-tiga pelajar lelaki yang bersekolah sama dengan mangsa dibuat dalam tempoh beberapa jam selepas penemuan mangsa, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Salah seorang daripada suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditemukan maut disyaki dibunuh di dalam sebuah sekolah, di Yong Peng, Batu Pahat petang semalam.-UTUSAN

The post Tiga pelajar lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh pelajar tingkatan 4 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved