Tiga pelajar UiTM Dungun pulang makan malam maut, motosikal dirempuh SUV

9 Oct 2024 • 11:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan sekitar kejadian kemalangan di Jalan Pantai Sura dekat UiTM kampus Dungun.

image is not available
Keadaan mangsa yang maut selepas di rempuh SUV dalam kejadian kira-kira jam 7 malam pada Rabu.

image is not available
Antara mangsa yang maut selepas di rempuh SUV dalam kejadian kira-kira jam 7 malam pada Rabu.

DUNGUN - Tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun maut manakala seorang parah apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua buah motosikal dinaiki mereka di Jalan Pantai Sura, di sini pada Rabu.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin, Ku Adib Aizad Ku Azmi, masing-masing berusia lingkungan 20-an manakala Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridwan, 20 mengalami kecederaan parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Sharizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.26 malam.

**media[2840609]**

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian terdapat tiga buah kenderaan terlibat kemalangan iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV, Yamaha LC 135 dan Yamaha Y15.

"Pemandu SUV iaitu seorang wanita dewasa mengalami kecederaan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

"Dua lelaki yang juga penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha LC 135 disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak kesihatan.

**media[2840608]**

"Seorang lagi mangsa yang menaiki Yamaha Y15 meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah dan dihantar ke hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan," katanya di sini pada Rabu.

Difahamkan, ketika kejadian, kesemua mangsa menaiki motosikal selepas pulang dari riadah dan makan malam sebelum dirempuh SUV dipandu wanita berusia lingkungan 40- an.