
Tiga laporan polis dibuat terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, susulan dakwaannya bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014.
Memetik laporan Bernama, laporan berkenaan dibuat Naib Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, V. Jonathan; Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak, Mazlina Osman; dan Timbalan Ketua AMK Bandar Tun Razak, Amarul Hisham Jalil di Balai Polis Cheras.
Jonathan berkata laporan itu dibuat susulan kenyataan Abdul Hadi ketika berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan yang dilaporkan sebuah portal berita.
Menurutnya, Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah dijemput mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS ketika Presiden Barack Obama melakukan lawatan ke Malaysia pada 2014.
Dalam pertemuan itu, pihak asing didakwa menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan ketika itu.
Baca juga:
Tun M jelaskan sebab hadir sambutan Hari Kebangsaan
‘Terima kasih angkat bendera ASEAN’- Media Filipina kagum kejayaan Taanusiya
‘Kenapa tiba-tiba melatah?’ – Fadhli Shaari persoal tindakan PH
Jonathan berkata antara pemimpin PAS yang didakwa hadir ialah Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Mustafa Ali, bersama Duta AS ketika itu.
Beliau berkata laporan polis dibuat bagi memastikan dakwaan berkaitan cubaan menggulingkan atau melemahkan kerajaan serta sistem demokrasi berparlimen melalui cara yang tidak berperlembagaan dapat disiasat mengikut lunas undang-undang.
The post Tiga pimpinan PKR buat laporan polis terhadap Abdul Hadi appeared first on The Reporter.






