Tiga Remaja Ditahan Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Pelajar Di Yong Peng

4 Oct 2026 • 11:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tiga Remaja Ditahan Bantu Siasatan Kes Penemuan Mayat Pelajar Di Yong Peng

Tiga pelajar ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Yong Peng semalam.

Menurut laporan berita RTM, kesemua suspek yang berusia 16 tahun ditahan beberapa jam selepas mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan pada jam sekitar 5.30 petang.

Difahamkan, perintah reman terhadap seorang daripada suspek dijangka dimohon polis di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi ini.

Baca juga:

Dalam insiden semalam, mangsa dijumpai oleh neneknya di kawasan sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan.

Polis Daerah Batu Pahat dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan kes itu dalam masa terdekat dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved