Irene Sofiya selamat dikebumi, lebih 100 hadir majlis pengebumian

4 Oct 2026 • 7:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Irene Sofiya selamat dikebumi, lebih 100 hadir majlis pengebumian

BATU PAHAT: Jenazah Allahyarham Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal, 16, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Arshad, Yong Peng, di sini pada pukul 7.50 malam, tadi.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi kawasan tanah perkuburan sebaik sahaja urusan pengebumian remaja berkenaan selesai dilaksanakan sejurus selepas solat maghrib.

Dianggarkan seramai lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara serta penduduk setempat hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan mengiringi perjalanan terakhir arwah.

Sebelum itu, jenazah yang dibedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail dibawa ke kediaman keluarga di Kampung Parit Selamat di sini untuk disolatkan.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan maut di dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini dipercayai dibunuh, petang semalam

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad memaklumkan pihaknya telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

The post Irene Sofiya selamat dikebumi, lebih 100 hadir majlis pengebumian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved