Tiga Rentung, Seorang Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Menggatal

21 Aug 2026 • 10:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tiga Rentung, Seorang Melecur Dalam Kebakaran Rumah Di Menggatal

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) -- Tiga sekeluarga ditemukan rentung manakala seorang lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Darau Menggatal di sini awal pagi tadi.

Mangsa terkorban dikenal pasti sebagai Loupin Adow, 67, anaknya Azman Maduin, 50, dan cucunya, Nurul Asyiqin Alinor, 29 manakala yang melecur merupakan suami kepada Nurul Asyikin berusia 34 tahun.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 1.43 pagi.

“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas sejauh enam kilometer tiba di lokasi pada 1.50 pagi.

"Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiga mangsa ditemukan dalam keadaan rentung manakala seorang mangsa yang mengalami kecederaan akibat melecur dihantar ke hospital oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Baca juga:

Kebakaran berkenaan memusnahkan 100 peratus struktur rumah dua tingkat jenis tidak kekal berkeluasan 40 x 40 kaki persegi.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan sumber air daripada tangki jentera bomba sehingga api berjaya dikawal pada 2.10 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.19 pagi.

“Sebanyak 17 anggota termasuk dari BBP Lintas bersama sebuah jentera FRT, EMRS, dan tiga kenderaan pacuan empat roda berada di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman dan penyelamatan berkenaan turut dibantu sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), tiga pegawai Kementerian Kesihatan (KKM), dan dua petugas Sabah Electricity.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved