Kes bunuh Taman Alam Megah: Tiga ditahan, empat diburu

10 Sep 2026 • 9:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kes bunuh Taman Alam Megah: Tiga ditahan, empat diburu

Polis Selangor tahan tiga daripada tujuh suspek kes bunuh di Taman Alam Megah, Shah Alam, hasil maklumat awam selepas gambar diedarkan.

SHAH ALAM: Polis menahan tiga daripada tujuh suspek yang diburu bagi membantu siasatan kes bunuh di Taman Alam Megah, di sini pada bulan lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kesemua suspek ditahan antara 4 hingga 7 Sept membabitkan warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 40-an, hasil maklumat awam selepas gambar mereka diedarkan kepada umum sejak Jumaat lepas.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 149 Kanun Keseksaan. Ketiga-tiga suspek akan dituduh dalam masa terdekat, manakala baki empat lagi individu masih diburu.

“Pihak polis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada masyarakat dan rakan media atas saluran maklumat yang diberi sehingga membawa kepada penahanan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Taman Alam Megah itu yang menyebabkan seorang lelaki maut.

Sementara itu, Shazeli berkata bagi kes pergaduhan di Taman Sri Muda, di sini pada 13 Ogos, tiada tangkapan baharu, setakat ini.

Mengulas tentang desakan awam berhubung cadangan pembinaan balai polis baharu di Puncak Alam, Shazeli berkata beberapa faktor utama perlu diambil kira terlebih dahulu dan bukan sekadar bergantung pada penemuan makmal dadah di sesuatu kawasan.

“Pembinaan balai polis baharu tertakluk pada pertimbangan pelbagai kriteria penting seperti kepadatan penduduk, kepesatan aktiviti ekonomi serta trend kadar jenayah keseluruhan di kawasan tersebut.

“Walaupun kawasan berkenaan luas, kepadatan penduduk di sesetengah bahagian belum menyeluruh dan pembinaan balai baharu secara terburu-buru boleh mengurangkan kecekapan pengagihan tenaga kerja polis,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved