
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bercuti ke luar negara sememangnya perkara yang menyeronokkan buat setiap individiu. Ini kerana bukan sahaja kita dapat mempelajari budaya mereka tetapi turut mengenali cara kehidupan masyarakat setempat.
Namun dalam kita seronok melancong, kita sebagai ‘duta kecil’ Malaysia perlu sentiasa menunjukkan sikap yang sopan dan beradab agar disenangi oleh orang sekeliling.
Sikap atau tingkah laku yang baik ini mencerminkan identiti masyarakat di negara kita.
Sekumpulan lelaki jadi perhatian, selamba isi semula air berperisa ketika di kedai serbaneka di Thailand
Namun baru-baru ini, sekumpulan lelaki rakyat Malaysia yang dipercayai berkunjung ke Thailand telah mendapat kritikan daripada orang ramai ekoran sikap tidak beradab yang dipertontonkan.
Menerusi satu video yang dikongsikan di X, kelihatan sekumpulan lelaki berada di kedai serbaneka, 7 Eleven di Thailand.
Apa yang menjadi perhatian, awalnya kelihatan perakam mengambil ais daripada sebuah mesin sebelum menunjukkan gelagat rakan-rakannya yang mengambil air daripada mesin (dispenser) atau layan diri yang berada di kedai serbaneka tersebut.
Dah minum dan isi semula air, siap campur air perisa lain
Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki sedang minum air daripada cawan yang dibeli sebelum kembali menambah semula air terbabit dari mesin berkenaan.
Bahkan lelaki itu turut menambah semula air di dalam cawan itu dengan air berperisa yang lain.
Perkara tersebut turut dilakukan oleh perakam, serta beberapa lagi rakan-rakan yang juga berada dalam kedai serbaneka berkenaan.
Umum mengetahui air berperisa yang dijual secara layan diri daripada mesin di kedai serbaneka kebiasaannya hanya boleh diisi sekali sahaja sewaktu pembelian dan tidak menawarkan pengisian semula secara percuma (free flow).
Tindakan kumpulan lelaki berkenaan melakukan perkara itu telah mengundang kritikan daripada orang ramai yang menyifatkan ia adalah perkara yang memalukan.
“Ni lah muka-muka yang memalukan Malaysia dekat mata negara luar. Masuk negara orang, tapi buat perangai macam ni. Kalau rasa tak boleh hormat negara orang, jangan gatal pergi cop pasport tu. Duduk je dekat rumah, kau boleh buat apa kau suka,” kata pengguna yang memuat naik semula video terbabit.
Ni lah muka2 yang memalukan Malaysia kat mata negara luar. Masuk negara orang, tapi buat perangai macam ni. Kalau rasa tak boleh hormat negara orang, jangan gatal pergi cop passport tu. Duduk je kat rumah kau boleh buat apa kau suka. pic.twitter.com/3ghoDb2RBh
— Izwan Izzat อิซวาน อิซซัต (@heyizwanizzat) January 15, 2026
Ramai kecam tindakan kumpulan lelaki selamba refill air berperisa lepas minum
Di ruangan balas, ada juga menyifatkan kumpulan lelaki itu mungkin pertama kali berkunjung ke luar negara dan mahukan perhatian dengan melakukan perkara yang tidak wajar.
Ada juga mengatakan tindakan mereka menambah (refill) semula air tanpa membayarnya adalah haram.
Tidak kurang juga mahukan kumpulan lelaki itu disenarai hitam daripada memasuki negara berkenaan kerana membawa kelakuan yang tidak senonoh dan merosakkan imej negara.
Bukan hanya itu, ada juga yang menggelar kumpulan lelaki tersebut sebagai ‘rempit’.
Menerusi Threads, seorang pengguna media sosial tertanya adakah 7E di Thailand membenarkan konsep refill kerana dakwanya dia pernah melihat video sedemikian di TikTok, namun seorang lagi pengguna di platform sama menafikannya dan menjelaskan ia tidak betul.
View on Threads
Menerusi carian kami, akaun yang memuat naik video itu tidak lagi dapat dikesan di TikTok dan dipercayai sudah dinyah aktif
“Bukanlah nak kata aku ni baik dan bagus sangat tetapi sesetengah orang memang patut duduk je dalam Malaysia dan jangan bagi dia pasport merosakkan je imej Malaysia.”

“Dia ingat benda tu isi semula percuma ke apa? Buat malu jelah”

“Aduh muka pun dah nampak rempit apatah lagi perangai dengan stail posting TikTok.”

“Ha makan benda haram dah satu hal, lepas tu post dekat media sosial. Infinity level punya bengap”

“Bayar balik tak apa yang kau dah minum tu? Kalau buat b*d*h je semoga apa yang masuk dalam perut tu jadi cirit-birit yang teruk sampai ubat pun tak jalan.”

“Biasalah. Baru pertama kali ada buku merah, ketagih perhatian dan juga ketagih keb*d*han”

“Dekat Malaysia kan ada restoran yang boleh isi air semula secara percuma. Mesti mereka tak pernah masuk restoran macam tu. Sampai negara orang jadi..”

“Malukan negara kita. Harap Thailand senarai hitam muka s**l ni. Sebagai orang Malaysia saya minta maaf, tak sangka AI tak berfungsi mencipta individu sebegini. Tolong senarai hitam mereka”




