TNB, Sinohydro capai penyelesaian pertikaian projek loji janakuasa Connaught Bridge

Business & Finance
26 Oct 2026 • 3:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TNB, Sinohydro capai penyelesaian pertikaian projek loji janakuasa Connaught Bridge

PETALING JAYA: Sinohydro Corporation Ltd dan unitnya di Malaysia, Sinohydro Corporation (M) Sdn Bhd, telah mencapai penyelesaian secara baik dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhubung prosiding timbang tara terdahulu berkaitan dengan projek loji janakuasa Connaught Bridge di Klang, Selangor.

Penyelesaian itu dimuktamadkan menerusi penghakiman persetujuan yang direkodkan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 23 April 2026.

Menurut Sinohydro, penghakiman berkenaan menyelesaikan sepenuhnya dan secara muktamad semua perkara timbang tara yang masih tertunggak antara pihak terbabit.

“Penyelesaian itu dicapai berdasarkan terma yang dipersetujui bersama tanpa sebarang pengakuan liabiliti oleh mana-mana pihak, sekali gus menunjukkan komitmen bersama untuk menyelesaikan perbezaan komersial secara konstruktif,” katanya.

Sementara itu, TNB mengesahkan penyelesaian berkenaan menamatkan pertikaian berkaitan projek tersebut selain menegaskan ia tidak menjejaskan hak, pendirian atau urusan TNB pada masa hadapan, yang akan terus dinilai berdasarkan dasar dalaman serta pertimbangan komersial syarikat berkenaan. – UTUSAN

The post TNB, Sinohydro capai penyelesaian pertikaian projek loji janakuasa Connaught Bridge appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved