Tolak ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan, Pemuda UMNO tegas pilih prinsip walau hilang kuasa

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 10:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan pendirian untuk menolak sebarang pembentukan kerajaan melalui pendekatan ‘tebuk atap’ walaupun Barisan Nasional (BN) dilaporkan memiliki majoriti mudah di Negeri Sembilan.

Prinsip perjuangan parti perlu diutamakan

Menerusi kenyataan yang dibuat di media sosial, beliau menyatakan prinsip perjuangan parti perlu diutamakan berbanding jawatan, selari dengan pendirian sejak Langkah Sheraton pada 2020.

“Jika garis merah yang sudah digariskan oleh UMNO dilanggar, maka kita wajib mempertahankan prinsip lebih daripada mempertahankan jawatan,” katanya.

UMNO Negeri Sembilan berdepan dua pilihan

Beliau turut menjelaskan UMNO di negeri itu kini berdepan dua pilihan utama sama ada menjadi pembangkang yang bermaruah atau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi mandat semula kepada rakyat.

“Dua pilihan yang ada bagi UMNO adalah menjadi pembangkang yang bermaruah ataupun membubarkan DUN untuk kita serahkan kepada rakyat untuk memilih (mengundi). Full stop (noktah),” katanya.

Image from: Tolak ‘tebuk atap’ di Negeri Sembilan, Pemuda UMNO tegas pilih prinsip walau hilang kuasa

Terdahulu, BN Negeri Sembilan memaklumkan mereka kini memiliki majoriti mudah selepas mendapat sokongan lima ADUN Perikatan Nasional (PN).

Ia sekali gus menjadikan jumlah kerusi mereka meningkat kepada 19 berbanding 17 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Sumber: Facebook Akmal Saleh