Toyota C-HR 2026 Kini Sebuah SUV EV

TechnologyCars
19 Feb 2026 • 11:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Toyota agak lambat dalam penawaran kereta elektrik berbateri (BEV) berbanding syarikat lain kerana yakin dengan penawaran kenderaan hibrid dan ICE mereka. Semalam Toyota C-HR 2026 telah dilancarkan dengan ia kini sebuah lagi kenderaan Toyota yang berubah menjadi sebuah EV.

image is not available

Toyota C-HR 2026 hadir dengan dwi-motor yang menawarkan 338 kuasa kuda (249 KW) dengan pecutan 0-60 BSJ dalam masa 4.8 saat. Bateri 74.7 kWh yang disertakan memberikan jarak perjalanan sehingga 462 km menggunakan piawaian EPA. Bateri menyokong pengecasan pantas DC membolehkannya dicas dari 10-80% dalam masa 30 minit.

image is not available

Kabin dilengkapi skrin 14″ untuk sistem infohiburan, bumbung kaca panorama, dan terdapat pengecas nirwayar terbina. Terdapat sokongan untuk Android Auto dan juga Apple CarPlay. Untuk pemandu, sebuah skrin sekunder disertakan untuk paparan maklumat pemanduan. Tidak seperti Tesla dan pengeluar EV lain, kabin C-HR 2026 masih dilengkapi pelbagai butang kawalan fizikal pada stereng dan konsol tengah.

image is not available

Sistem ADAS, Dynamic Radar Cruise Control, pengesanan lorong, lampu tinggi automatik, pengesanan titik buta dan banyak lagi disertakan sebagai standard. Toyota C-HR 2026 akan mula dijual bulan depan pada harga bermula $37,000 (~RM 145,000).