
Pemergian Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS), Tuan Guru Muhammad Haneef Ali, hari ini merupakan satu kehilangan besar buat keluarga persilatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menerusi hantaran di Facebook, Fadillah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang juga Guru Utama Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak.
“Jasa, ilmu, bimbingan dan khidmat bakti Allahyarham akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.
“Salam takziah. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat memilukan ini,” katanya.
Fadillah turut mendoakan agar Allahyarham mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat keredaan-Nya.






