Tradisi pasangan kembar keluar mengundi setiap kali pilihan raya

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 12:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tradisi pasangan kembar keluar mengundi setiap kali pilihan raya

SEREMBAN – Menjadi tradisi sepasang kembar, Izzat Izwan Mohd. Noor dan Izzat Ismir Mohd. Noor untuk menunaikan kewajipan mengundi bersama setiap kali pilihan raya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 kali ini, pasangan kembar seiras berusia 38 tahun itu yang merupakan anak jati Seremban mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Izzat Izwan yang bekerja sebagai anggota bomba di Selangor berkata, dua hari sebelum pilihan raya biasanya dia akan berbincang dengan kembarnya untuk pergi mengundi bersama.

“Saya tinggal di Selangor dan pulang ke Seremban malam tadi supaya kami dapat pergi mengundi bersama-sama.

“Memang sejak kali pertama boleh mengundi, kami akan pergi bersama, walaupun kini sudah tinggal di Selangor tetapi kad pengenalan saya masih menggunakan alamat rumah keluarga,” katanya ketika ditemui di sini hari ini

Menurut Izzat Izwan, mereka juga tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan Pilihan Raya Negeri Ke-16 merupakan kali keempat kerana ia merupakan tanggungjawab kepada negara.

Sementara itu, abang kembarnya, Izzat Ismir pula merupakan kakitangan Pejabat Pos Malaysia dan tinggal di Seremban berharap sesiapa sahaja yang akan diberi mandat nanti dapat mentadbir dengan baik serta membawa manfaat kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

The post Tradisi pasangan kembar keluar mengundi setiap kali pilihan raya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved