Treler Baharu Grand Theft Auto VI Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos

EntertainmentGaming
7 Aug 2026 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Treler Baharu Grand Theft Auto VI Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos

Tidak boleh dinafikan, Grand Theft Auto VI ialah permainan yang paling dinantikan 2026 selepas ia ditangguhkan lebih setahun. Dengan ia kini pasti akan dilancarkan pada bulan November, ramai peminat ingin melihat treler baharu bagi mendapat lebih banyak maklumat mengenai permainan yang masih agak misteri jalan ceritanya.

Penantian akan berakhir apabila treler terkini GTA VI akan ditayangkan terlebih dahulu di Netfiix pada jam 3 pagi, 28 Ogos depan waktu Malaysia. Prebiu panjang untuk GTA VI akan hanya eksklusif di Netflix selama 6 jam sebelum ia kemudiannya turut boleh distrim menerusi YouTube pad jam 9 pagi hari yang sama.

GTA VI dipercayai adalah permainan video dengan kos pembangunan terkini dalam sejarah. Kos yang dibelanjakan setakat ini dianggarkan antara $1-$2 bilion. Pratempahan GTA VI sudah boleh dilakukan pada harga RM339 untuk versi biasa dan RM419 untuk Ultimate Edition. Kedua-dua versi hanya boleh dimainkan bermula 19 November depan tanpa versi cakera fizikal ditawarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved