Tren Padat, Netizen Kongsi Situasi Sebelum & Selepas Konsert Coldplay

Entertainment
23 Nov 2023 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun banyak isu yang timbul sepanjang tempoh sebelum ia dilangsungkan, akhirnya konsert Coldplay telah diadakan dengan lancar semalam, malah tidak dinafikan kemeriahan band yang menjadi kegilaan orang ramai ini memang tak diduga.

Malah bermacam-macam perkara yang menarik perhatian orang ramai, misalnya vokalis Chris Martin siap berpantun lagi. Jadi dengan kemeriahannya itu, memang dah boleh dibayangkan bagaimana situasinya daripada aspek kesesakan pada sebelum dan selepas konsert.

Buktinya, boleh dilihat situasi yang dikongsikan oleh beberapa orang pengguna TikTok ini. Secara umumnya, konsert ini diadakan pada hari Rabu di mana ia adalah hari bekerja, pastinya pengangkutan awam dan jalan raya akan sesak teruk.

Memandangkan konsert itu diadakan pada waktu malam, pastinya ramai bersedia untuk ke lokasi sejak tengah hari atau petang hari berkenaan. Jadi, pengguna TikTok Leen, ada kongsikan situasi di tren ketika dia mahu pulang dari kerja.

Dalam video tersebut, kelihatan situasi begitu padat, lebih padat daripada hari-hari biasa sampaikan penumpang terpaksa berhimpit kerana penangan konsert Coldplay ini.

Dalam video selanjutnya pula, salah seorang penonton yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil menunjukkan situasi selepas konsert itu tamat. Orang dilihat begitu ramai sampaikan susah untuk keluar.

@syxrafin

Seronok seronok pastu nangis nak balik tak tahu cemana ni. Esok la kot sampai rumah #coldplayconcert #coldplay #fyp

♬ original sound – TK✰ – TK✰

Adui sesaknya, bayangkanlah macam mana lah situasi parking nanti, berapa lama agaknya tersekat dekat jammed tu.

Sumber : TikTok @leenlawa, @syxrafin

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.