Trofi Juara-Juara Asia 2026: Speedy Tigers tundukkan China 5-4

27 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Trofi Juara-Juara Asia 2026: Speedy Tigers tundukkan China 5-4

Skuad hoki lelaki negara, Speedy Tigers, memulakan kempen Trofi Juara-Juara Asia 2026 dengan langkah kanan apabila menewaskan China 5-4 dalam aksi pembukaan kejohanan.

Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan, namun Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan satu gol sehingga wisel penamat.

Malaysia membuka tirai jaringan menerusi Azrai Aizat Abu Kamal sebelum China menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

China kemudian mendahului 2-1 menerusi Ne Moda, namun Azrai sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 2-2.

Speedy Tigers kembali berada di hadapan menerusi jaringan Akhimullah Anuar Esook, tetapi China sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti untuk menjadikan kedudukan 3-3.

Memasuki suku ketiga, Malaysia memperoleh kelebihan menerusi pukulan penalti strok yang disempurnakan Faizal Saari sebelum Azimuddin Syakir Kamaruddin menambah jaringan untuk meletakkan Speedy Tigers di hadapan 5-3.

China bagaimanapun enggan mengalah apabila Chen Ben Chai merapatkan kedudukan kepada 5-4 sebelum tamat suku ketiga.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari jaringan tambahan pada suku terakhir, namun tiada gol berjaya dihasilkan dan keputusan 5-4 kekal memihak kepada Malaysia.

Kemenangan itu memberikan suntikan keyakinan kepada Speedy Tigers untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan berkenaan.

Malaysia dijadual berdepan Korea Selatan pada 29 Oktober dalam aksi kedua, dengan misi meneruskan momentum kemenangan selepas permulaan positif menentang China.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved