Trump Akan Bertemu Putin, Bincang Gencatan Senjata Perang Rusia-Ukraine

Entertainment
9 Aug 2025 • 2:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan beliau akan bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada 15 Ogos di Alaska bagi membincangkan langkah penyelesaian Perang Rusia-Ukraine.

Pertemuan itu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha damai bagi menamatkan perang berlarutan antara Rusia dan Ukraine.

Trump berkata perbincangan akan memfokuskan kepada pelan gencatan senjata yang “berpotensi menyelesaikan konflik dengan segera.”

image is not available

Menurutnya, pelan damai itu mungkin melibatkan “pertukaran wilayah” antara Rusia dan Ukraine, meskipun Kyiv sebelum ini menolak sebarang cadangan yang melibatkan penyerahan wilayah.

Memetik laporan Astro Awani, jika sidang ini berlangsung, ia akan menjadi pertemuan kemuncak AS–Rusia pertama sejak 2021.

Penganalisis seperti Artis Pabriks menyifatkan langkah tersebut sebagai “kejayaan diplomatik besar bagi Kremlin,” kerana ia meletakkan Rusia setaraf dengan kuasa besar dunia dalam membuat keputusan global.

Setakat ini, Kremlin belum mengesahkan penyertaan Putin, dan Trump juga tidak memaklumkan sama ada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, akan turut serta.

Namun, beliau menegaskan bahawa “Putin mahu bertemu secepat mungkin” dan “Zelenskyy juga mahukan keamanan.”

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.