Wanita OKU Mental Maut Digilis Kereta

2 Oct 2026 • 12:16 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Wanita OKU Mental Maut Digilis Kereta

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita dipercayai orang kurang upaya (OKU) mental maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika terbaring di tengah Jambatan Sultan Mahmud, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada tubuh dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku ketika pemandu Proton Waja berusia 28 tahun dalam perjalanan pulang ke Kuala Berang, Hulu Terengganu dari Gong Badak, Kuala Nerus.

“Setibanya di lokasi, pemandu gagal mengelak mangsa yang dipercayai sedang terbaring di tengah jambatan sebelum melanggarnya.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui hari ini.

Azli berkata, pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kenderaan terbabit juga tidak mengalami kerosakan. - Getaran, 2 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved