Tular ikan lumba-lumba mati terdampar di Ban Pecah

Environment
6 Aug 2026 • 8:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tular ikan lumba-lumba mati terdampar di Ban Pecah
Tangkap layar video tular memaparkan seekor ikan lumba-lumba dipercayai mati terdampar di Ban Pecah, Tanjung Piandang.

IPOH - Jabatan Perikanan Perak menjalankan siasatan lanjut susulan video tular memaparkan seekor ikan lumba-lumba dipercayai mati terdampar di Ban Pecah, Tanjung Piandang.

Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap berkata, pihaknya telah mengambil maklum mengenai video berdurasi 27 saat yang dikongsi di media sosial.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian awal terhadap rakaman tersebut, kejadian berkenaan dipercayai baru sahaja berlaku.

“Pegawai kami akan ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan berhubung kejadian itu.

“Sekiranya benar terdapat bangkai haiwan tersebut, kami akan mengambilnya untuk tujuan analisis lanjut bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, ikan lumba-lumba yang dipercayai dalam video itu berkemungkinan daripada spesies Irrawaddy yang jarang ditemui dan dilindungi.

Video tular yang dikongsi sejak dua hari lalu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap keadaan hidupan marin di kawasan tersebut.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved