Tular Isu “Hydrogen Inhaler”, KKM Nasihat Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Dakwaan Kesan Rawatan

LocalHealth & Fitness
20 Aug 2026 • 5:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Tular Isu “Hydrogen Inhaler”, KKM Nasihat Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Dakwaan Kesan Rawatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai, khususnya warga emas agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan kesan rawatan atau manfaat kesihatan daripada alat “hydrogen inhaler” atau mesin hidrogen yang belum dibuktikan secara saintifik dan diluluskan pihak berkuasa.

Menerusi satu kenyataan di laman X, KKM berkata pihaknya mengambil maklum mengenai aktiviti penjualan dan promosi alat tersebut serta dakwaan berkaitan.

Penjualan hydrogen inhaler tular

Tegasnya, sebarang peranti perubatan yang dijual atau digunakan di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

"Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan," ujarnya.

Baca juga:

Justeru, orang ramai turut dinasihatkan supaya menyemak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian.

Selain itu, KKM mengingatkan orang ramai agar berwaspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.

"Sebarang aduan mengenai penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.

"KKM menggesa orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan berdaftar bagi sebarang isu kesihatan," katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved