Tular Produk ‘Inhaler Hydrogen’, KKM Nasihat Orang Ramai Jangan Mudah Terpengaruh

LocalHealth & Fitness
20 Aug 2026 • 6:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft peranti perubatan KKM

Warganet mula meluahkan rasa bimbang apabila terdapat penjualan satu peranti yang digelar hydrogen inhaler yang mendakwa bahawa peranti kesihatan itu mampu membantu dalam menjaga kesihatan dan merawat penyakit kronik.

Apa yang membuatkan netizen bimbang adalah golongan warga emas yang boleh terpengaruh dengan dakwaan tentang ‘kebaikan’ peranti itu. Susulan itu, Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil bersuara.

Artikel berkaitan : Kakitangan KKM Bantu Beri CPR Di Tepi Jalan Raih Pujian Netizen

Artikel berkaitan : Tular Dakwaan Kad ‘Appointment’ Klinik Tertera Tulisan Cina, Ini Respon KKM

Peranti yang tidak berdaftar adalah satu kesalahan di bawah undang-undang – KKM

Terpanggil dengan hal berkenaan peranti tersebut, KKM menegaskan bahawa sebarang peranti perubatan yang dijual atau diguna di Malaysia mesti berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Screenshot 2026 08 20 175821

“Penjualan, pengedaran atau pengiklanan peranti yang tidak berdaftar adalah suatu kesalahan di bawah undang-undang dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.”

Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai terutamanya warga emas untuk tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang menjanjikan kesan rawatan atau manfaat kesihatan yang belum dibuktikan secara saintifik dan belum diluluskan oleh pihak berkuasa.

Screenshot 2026 08 20 175750

Malah, mereka harus semak status pendaftaran mana-mana peranti perubatan melalui laman sesawang rasmi MDA sebelum membuat pembelian serta waspada terhadap aktiviti jualan yang menyasarkan golongan berumur dan melibatkan tekanan atau rayuan emosi.

Dalam pada itu, KKM meminta orang ramai untuk salurkan aduan berkenaan dengan penjualan produk atau peranti tidak berdaftar, atau iklan yang mengelirukan, boleh dikemukakan kepada KKM atau MDA untuk siasatan lanjut.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved